Tindakan belakangi institusi raja satu bentuk penderhakaan - Utusan Malaysia

Tindakan belakangi institusi raja satu bentuk penderhakaan

MOHD. ZAIDY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan membelakangi institusi diraja adalah satu bentuk penderhakaan yang perlu ditentang habis-habisan dan sebagai rakyat yang setia kepada rajanya, penderhakaan itu tidak boleh diterima sama sekali.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, penderhakaan itu juga jelas membuktikan bahawa Muhyiddin telah melanggar sumpah setia kepada Raja-Raja Melayu semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

“Seharusnya sebagai pemimpin nombor satu negara, Perdana Menterilah yang sepatutnya menjaga kesucian institusi diraja dan bukannya sebaliknya. Apatah lagi Rukun Negara meletakkan asas kepada kita untuk sentiasa mengamalkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Bukannya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata. Justeru, Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan serta-merta kerana tindakan kerajaan pimpinannya yang menderhaka kepada  Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Zaidy,  Takiyuddin  juga perlu meletakkan jawatan kerana telah gagal menasihatkan Perdana Menteri untuk bertindak berdasarkan undang-undang yabg akhirnya menyebabkan Al-Sultan Abdullah dukacita dengan kerajaan hari ini.

“Jika Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri masih berdegil dan tidak mahu melepaskan jawatan mereka, maka kami menuntut supaya kesemua Ahli Parlimen di dalam UMNO yang memegang jawatan di dalam kerajaan serta syarikat milik kerajaan agar meletakkan jawatan bagi menandakan protes parti terhadap penderhakaan kerajaan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN