Tiga perkhidmatan kaunter kerajaan dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD - Utusan Malaysia

Tiga perkhidmatan kaunter kerajaan dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya tiga perkhidmatan kaunter kerajaan dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ia termasuk perkhidmatan kesihatan, balai polis dan pintu-pintu masuk antarabangsa (melibatkan urusan kastam, imigresen serta kuarantin).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Zuki berkata, arahan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan PKPD di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur bermula 3 hingga 16 Julai ini.

Beliau berkata, arahan itu juga terpakai kepada semua kawasan yang dilaksanakan PKPD di beberapa lokasi dan daerah serta mukim di seluruh negara.

“Selaras dengan arahan itu, prosedur operasi standard (SOP) operasi pejabat kerajaan semasa tempoh PKPD bagi kawasan terlibat akan mengguna pakai arahan yang telah dikeluarkan pada 30 Mei lalu,” katanya.

Selain itu katanya, perkhidmatan kaunter kerajaan di seluruh negara kecuali kawasan PKPD telah dibuka bermula 1 Julai lalu sebagaimana arahan yang dikeluarkan pada 29 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN