fbpx

23 September 2021, 8:07 am

  TERKINI

Tidak perlu protes jalanan

ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kiri) beramah mesra bersama penerima vaksin ketika melawat PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan protes jalanan tidak perlu dilakukan kerana kerajaan sentiasa mendengar suara dan keluhan semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya mendengar dari pelbagai bentuk saluran sekali gus menafikan bahawa kerajaan seolah-olah tidak mendengar suara hati rakyat.

“Kita mendengar suara daripada mana-mana bukan atas protes jalan raya sahaja, melalui WhatsApp pun kita dengar. Saya sendiri hari-hari dapat cadangan daripada rakyat melalui WhatsApp group.

“Setiap pandangan rakyat kita ambil perhatian. Bukan hanya apabila memprotes di jalanan tetapi juga semasa Parlimen bersidang empat hari yang fokusnya adalah untuk menyelesaikan isu rakyat dan Covid-19. Inilah ruang ahli Parlimen yang mewakili rakyat untuk suarakan pandangan mereka. Jadi tidak perlu sampai ke jalanan,” katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata, tindakan 400 hingga 450 orang yang menyertai protes berhampiran Dataran Merdeka semalam melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 “Tindakan mereka adalah salah, kerana perhimpunan sewaktu Covid-19 masih tidak dibenarkan dan setiap himpunan adalah salah dibawah Akta 342.

“Saya bimbang dengan keselamatan mereka apabila berkumpul beramai-ramai di jalanan nanti, mungkin ada di antara mereka mendapat jangkitan dan kalau salah seorang mendapat jangkitan, mereka akan membawa balik ke rumah bersama mereka dan akhirnya akan berlaku kes Covid-19 dan mungkin akan merebak lagi hasil daripada perhimpunan yang berlaku,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya fikir masak-masak sebelum menyertai protes jalanan.

“Yang penting protes dan suara tanpa protes pun boleh didengar oleh kerajaan. Tanpa protes sekalipun tapi yang penting adalah keselamatan diri patut dijaga.

“Saya doakan tidak ada siapa yang keluar memprotes mendapat jangkitan Covid-19, saya doakan mereka selamat, tapi kita tidak tahu apa akan berlaku kerana Covid-19 berada di mana-mana di sekitar kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN