Tiada tindakan doktor terlibat hartal - Utusan Malaysia

Tiada tindakan doktor terlibat hartal

DOKTOR kontrak berdepan laluan lebih berliku jika berhasrat menjadi doktor pakar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada tindakan terhadap doktor kontrak yang terlibat dalam Gerakan Hartal atau mogok secara aman yang berlangsung di seluruh negara semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, mereka berhak berkumpul untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Tiada tindakan terhadap doktor yang terlibat. Mereka berhak berbuat demikian,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) sama ada Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap doktor yang terlibat dalam hartal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN