fbpx

23 Oktober 2021, 10:06 am

  TERKINI

Tiada laporan video lucah, gangguan seksual babit seorang pendakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang pengesahan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan sebuah video lucah dan gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber polis berkata, malah tiada sebarang mangsa tampil membuat laporan membabitkan perkara itu.

“Masih belum dapat pengesahan lagi,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video lucah seolah-olah kononya mirip seorang pendakwah di negara ini.

Malah, terdapat beberapa individu termasuk artis terkenal turut memberi bayangan sebuah kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

Menerusi sebuah hantaran di Twitter pada 17 Julai lalu, seorang pengguna twitter turut mendakwa apa yang bakal berlalu sekiranya seorang tokoh negara merupakan seorang predator seksual.

“Apa yang anda buat sekiranya anda tahu seseorang tokoh negara seorang seksual predator.

“Tetapi, anda tiada bukti mahkahmah (sebab si mangsa tak nak buat report polis).

“Tokoh ini tokoh yang disanjung dan disayangi. Sampai susah nak percaya perangai sebenarnya,” kata hantaran itu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN