Tiada keperluan tambah pusat kuarantin, rawatan Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiada keperluan tambah pusat kuarantin, rawatan Covid-19

MOHD. Redzuan Md. Yusof menyerahkan sumbangan barang keperluan asas dalam Program Sumbangan Kasih Bakul Prihatin Sempena Hari Raya Aidiladha di Balai Raya Felda Palong 4, Jempol. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tiada keperluan untuk menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) pada masa ini meskipun terdapat peningkatan kes jangkitan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, PKRC sedia ada di seluruh negara dilihat masih mencukupi bagi menampung bilangan pesakit Covid-19.

“Jika ada keperluan kita akan tambah PKRC, bagaimanapun sehingga kini, ia masih terkawal dan tiada keperluan untuk menambah. Kita hantar pesakit ke pusat kuarantin bagi mendisiplinkan diri dan sekiranya mereka tinggal di rumah agak longgar.

“Setakat ini, lebih 200,000 pesakit Covid-19 yang berada di 484 stesen kuarantin dan 86 PKRC di seluruh negara. Sekiranya ada peningkatan angka dan kes bertambah tentu kita akan membuat pertimbangan untuk menambah atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Sumbangan Kasih Bakul Prihatin Sempena Hari Raya Aidiladha di Balai Raya Felda Palong 4, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Redzuan memaklumkan, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM1.7 juta menerusi program Bakul Prihatin Negara 2021.

“Kerajaan telah salurkan lebih RM1.7 juta menerusi bantuan bakul makanan tersebut.

“Ada sebilangan kecil menolak bantuan berkenaan malah kami juga ada menerima maklum balas ada yang mahukan lampin pakai buang dan barang basah. Kami akan semak melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di daerah masing-masing-masing supaya boleh ditambah baik bantuan berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN