KITA semua pasti pernah menerima panggilan mengejut daripada keluarga atau saudara yang ingin berkunjung ke rumah secara tiba-tiba, terutama pada hujung minggu.
Situasi sebegini sering membuatkan tuan rumah kelam-kabut memikirkan menu yang sesuai untuk dihidangkan.
Apa kata cuba popia sira pedas? Kudapan ini mudah disediakan, cepat dan enak untuk dinikmati bersama tetamu.
Bahan-bahan:
-Kulit popia secukupnya
-Lobak merah (dihiris halus)
-Kubis (dihiris halus)
-Minyak masak (untuk menggoreng)
-1 cawan gula merah / gula melaka (dihiris halus)
-½ cawan gula pasir
-½ cawan air
-1 sudu besar gula perang (opsyen untuk warna cantik)
-1 sudu kecil mentega / marjerin
-1 sudu kecil esen vanila (opsyen)
-2 – 4 sudu besar cili kisar (ikut tahap pedas)
-1 sudu besar serbuk cili (opsyen untuk pedas kering dan warna)
-½ sudu kecil garam
-Bawang goreng rangup secukupnya
-Biji bijan sangai (opsyen)
Cara penyediaan:
-Letakkan lobak merah dan kobis atas kulit popia kemudian gulung dengan kemas.
-Panaskan minyak dan goreng popia hingga keemasan. Angkat dan toskan.
-Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga gula cair.
-Masukkan cili kisar, serbuk cili dan garam. Kacau hingga sira pekat, berkilat dan berbuih kecil.
-Tambahkan mentega dan esen vanila. Kacau sebati dan tutupkan api.
-Masukkan popia goreng ke dalam kuali sira kemudian gaul rata.
-Taburkan bawang goreng dan bijan.
-Susun popia dan sedia untuk dihidang.










