'Teruja dapat suntik vaksin terhadap nenek sendiri, usianya 102 tahun' - Utusan Malaysia

‘Teruja dapat suntik vaksin terhadap nenek sendiri, usianya 102 tahun’

FATIMAH Muda menerima suntikan vaksin Covid-19 daripada cucunya, Mohamad Burhan Hasan (kiri) yang merupakan jururawat di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kuala Nerus. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang jururawat lelaki teruja dapat mengendalikan proses suntikan vaksin Covid-19 terhadap neneknya yang berusia 102 tahun di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini.

Mohamad Burhan Hasan, 31, berkata, detik bersejarah itu pasti dikenang selamanya sekali gus berharap neneknya, Fatimah Muda terus sihat dan dilindungi daripada jangkitan virus.

Katanya, walaupun neneknya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, tetapi warga emas itu tidak gementar untuk menerima vaksin Covid-19.

“Nenek bersetuju divaksin selepas diberitahu mengenai keperluannya oleh ahli keluarga yang berkhidmat dalam bidang perubatan.

“Dia juga faham tentang prosedur suntikan sebanyak dua kali dan sebagai cucu yang mengendalikan proses itu tentunya saya bangga kerana dapat menyuntiknya,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohamad Burhan berkata, neneknya dibawa ke PPV itu dari kediaman di Kampung Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu dengan menggunakan ambulans dan menjadi individu tertua yang divaksin di pusat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN