Terima kasih rakyat Malaysia - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Terima kasih rakyat Malaysia – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sekali gus menyumbang kepada usaha untuk mencapai imuniti kelompok.

Menerusi laman Twitter beliau, Muhyiddin berkata, sehingga kini lebih 40 peratus rakyat Malaysia telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

“Sebanyak 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan 21.8 peratus pula mendapat dos yang penuh.

“Terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan pusat pemberian vaksin (PPV) yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini,” katanya.

Sejak 12 Julai lalu, PICK merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

Semalam, kadar pemberian dos vaksin pada 23 Julai adalah 462,242 iaitu seramai 301,536 terima dos pertama dan 160,706 untuk dos kedua.

Menurut Muhyiddin, kadar vaksinasi itu seiring dengan perancangan dan sasaran pihak kerajaan untuk melindungi rakyat Malaysia.

“Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

“Dengan vaksinasi, kita akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya