Terbaik YB, netizen mahu keprihatinan Norhizam dicontohi - Utusan Malaysia

Terbaik YB, netizen mahu keprihatinan Norhizam dicontohi

TANGKAP layar video memaparkan Norhizam Hassan Baktee bersama barangan keperluan yang disumbangkan kepada penduduk terjejas akibat pandemik Covid-19 di DUN Pengkalan Batu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tugas dan tanggungjawab wakil rakyat adalah besar, sebesar harapan rakyat ke atas mereka.

Menjalankan amanah itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengagihkan kit makanan yang disasarkan kepada kira-kira 7,000 keluarga dalam kawasan diwakilinya.

Dalam video berdurasi tiga minit dan 33 saat yang dimuat naik dalam Facebook ‘Aku YB ke Kau YB’, Norhizam menyatakan, sumbangan barangan keperluan seperti telur, beras dan minyak masak itu bagi meringankan kesulitan penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Dengan pemberian ini dapat membantu dan mengurangkan sedikit keperitan pengundi atau rakyat di DUN Pengkalan Batu.

“Sebagai YB, tugas saya adalah untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam video berkenaan.

Rata-rata netizen memuji tindakan Norhizam yang sebelum ini viral dengan gelaran ‘YB gengster’ dengan menyifatkannya sebagai tindakan terbaik.

“Terbaik YB… Teruskan usaha murni,” kata netizen yang menggunakan nama Farhan Amin.

“Salute YB macam (ni) kita mahu… Sama-sama bantu, yang lain bila lagi?,” kata seorang lagi netizen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya