Telinga tersangkut mata kail, Ben tidak ‘meronta’ - Utusan Malaysia

Telinga tersangkut mata kail, Ben tidak ‘meronta’

SHUIB  Idris bermain dengan kucing yang tertusuk mata kail pada cuping telinganya di Manjung, Perak,  semalam.   - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seekor kucing berusia dua tahun mengalami nasib malang apabila cuping telinga kanannya tertusuk mata kail ketika berada di rumah pemiliknya di Kampung Permatang, dekat sini pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9 pagi apabila kucing bernama Ben itu dikatakan melompat masuk melalui tingkap ke stor rumah tersebut sebelum mata kail yang terdapat dalam bilik itu tertusuk ke telinga haiwan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, Shuib Idris berkata, kucing itu dibawa ke balai tersebut oleh pemiliknya seorang lelaki pada pukul 9.42 pagi.

“Sebaik sahaja tiba, anggota kami  melakukan tugas mengeluarkan mata kail itu bermula pukul 9.44 pagi dan berjaya melakukannya lapan minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shuib, anggota kemudian menyapu ubat berupa cecair kuning pada tempat tusukan mata kail itu sebagai bantuan perubatan terhadap haiwan tersebut.

Jelasnya, lebih menarik apabila Ben langsung tidak mengiau atau meronta-ronta ketika anggotanya mengeluarkan mata kail itu seolah-olah tahu yang mereka sedang menyelamatkannya.

Ujarnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.58 pagi dan Ben dibawa pulang oleh pemiliknya tidak lama kemudian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN