‘Sudah-sudahlah buka ruang bergaduh, maki hamun sama sendiri’ - Utusan Malaysia

‘Sudah-sudahlah buka ruang bergaduh, maki hamun sama sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Betty Rahmad, 39, meluahkan rasa sedih hati melihat segelintir rakyat tempatan berbalah di media sosial dengan isu-isu tular ketika ini.

Menurut adik pelakon terkenal Erma Fatima dan Umie Aida, tanpa disedari perkongsian diulang siar itu sekali gus membuka ruang perdebatan dan mengeluarkan kata-kata kesat antara umum.

“Doa supaya kita dan keluarga dilindungi dan dijauhi daripada segala malapetaka, penyakit, wabak dan orang yang tidak baik untuk kita.

“Setiap hari ada saja berita tidak menyenangkan, selepas itu tular. Kemudian semua orang akan muat naik benda sama dan tanpa sedar bagi ruang orang bergaduh dan maki hamun sesama sendiri, sudah-sudahlah anda semua,” ujarnya di Instagram dengan memuat naik petikan Al-Imam Adz-Dzahabi Rahimahullah.

Dalam kenyataan sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar negara kembali pulih seperti sedia kala dan orang ramai terus kuat mengharungi cabaran ini.

“Jomlah kita doa supaya negara pulih cepat daripada Covid dan dapat kembali hidup normal. Semua orang sudah penat bukan! Sikit lagi jangan mengalah dan kuatkan semangat ya semua,” coretnya.

Menjengah ruangan komen, selain dihujani komen peminat yang turut bersetuju dan menyokong coretan Betty, penyanyi ahli anggota De Fam, Cik Manggis tampil melayangkan peringatan buat semua.

“Allah turunkan musibah supaya kita bermuhasabah. Semoga kita semua terlindung daripada fitnah. Insya-Allah Amin,” komen penyanyi Supergirls.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya