Zain Yusm tidak jadikan status OKU penghalang hulur bantuan 

Status OKU bukan penghalang hulur bantuan 

SEORANG lelaki di Tasek Gelugor, Pulau Pinang tidak menjadikan kekurangannya sebagai golongan OKU untuk turut sama melakukan kerja amal dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Kehilangan kaki kanan dalam kemalangan ketika ke tempat kerja 14 tahun lalu tidak menjadi penghalang kepada seorang pemuda di sini untuk membantu golongan yang memerlukan.

Zain Yusma Ahmad Zulkifli, 37, berkata, dia aktif menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada ratusan keluarga sekitar Seberang Perai Utara (SPU) sejak April tahun lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Katanya, kesedaran untuk meringankan beban masyarakat setempat mulai timbul selepas bertemu ramai individu yang hidup dalam kesukaran ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Saya mula meronda masuk ke kampung dengan menunggang motosikal milik rakan dan mendapati ramai penduduk yang kekurangan bekalan makanan.

“Menerusi wang simpanan sendiri, saya membeli pelbagai barangan seperti beras, minyak, susu pekat dan mi segera untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bapa kepada tiga anak itu berkata, semangatnya untuk membantu golongan memerlukan amat tinggi biarpun diri sendiri merupakan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Ramai penerima terkejut apabila mendapati fizikal saya yang kurang sempurna namun boleh ke sana sini untuk menghulurkan bantuan.

“Melihat reaksi dan penerimaan mereka itu sebenarnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk membantu,” katanya.

Bagi yang berminat untuk sama menghulurkan bantuan dan membantu Zain Yusma menerusi kerja-kerja amalnya boleh menghubungi talian 018-4021621. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN