SOP tidak halang kariah Masjid Kampung Jenjarom tunai ibadah korban  - Utusan Malaysia

SOP tidak halang kariah Masjid Kampung Jenjarom tunai ibadah korban 

KARIAH Masjid Kampung Jenjarom sedang melaksanakan ibadah korban di Kampung Jenjarom Kuala Langat Selangor, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Masjid Kampung Jenjarom tetap melaksanakan ibadah korban walaupun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 bagi mengekang pandemik Covid-19.

Ahli Jawatan Kuasa Kebajikan Masjid Kampung Jenjarom, Mohd.Muslimen Omar berkata, arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan hanya tiga ekor lembu dikorbankan dalam satu sesi perlu dipatuhi dengan sebaiknya.

“Sehari hanya boleh buat dua sesi. Sebanyak 43 ekor lembu kita korbankan tahun ini melibatkan kariah dan pusat penyembelihan yang diluluskan.

“Walaupun jumlah korban tidak sebanyak seperti sebelum PKP, bagi pihak ahli kariah memanjatkan kesyukuran kerana kami diberi kebenaran untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Program Ibadah Korban di Kampung Jenjarom. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN