'Soal pemansuhan darurat, apakah sudah dipersembahkan ke Istana Negara?' - Utusan Malaysia

‘Soal pemansuhan darurat, apakah sudah dipersembahkan ke Istana Negara?’

AHLI Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika bangun meminta aturan mesyuarat atau point of order.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri menjawab sejelas-jelasnya mengenai pelaksanaan perintah darurat dan proklamasi darurat.

Dalam pencelahan di Dewan Rakyat hari ini, beliau kesal kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menyebut dalam penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bahawa Ordinan Darurat telah dimansuhkan peada 21 Julai lalu.

“Saya nak tanya apakah ini bermakna semua denda-denda yang dikenakan, semua hukuman yang dijalankan selepas 21 Julai akan terbatal dengan sendirinya?

“Kerana setahu saya masih dilakukan ke atas mereka yang dihukum pihak berkuasa. Jadi sekarang tiada penjelasan. Ini perkara penting bahawa penjelasan harus diberikan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri juga harus memberi penjelasan kerajaan telah memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.

“Adakah ini sudah dipersembahkan ke Istana (Yang di-Pertuan Agong)? Darurat tidak akan dilanjutkan selepas 1 Ogos, adakah ini juga sudah dipersembahkan ke Istana Negara kerana negara nak tahu kedudukan sekarang,” katanya.

Sebelumnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara itu sudah diputuskan pada 21 Julai lalu.

Selain itu, kerajaan juga telah membuat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) untuk membatalkan kesemua Ordinan Darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya