Sindiket penipuan baharu manipulasi sistem pembayaran bil utiliti dikesan - Utusan Malaysia

Sindiket penipuan baharu manipulasi sistem pembayaran bil utiliti dikesan

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan satu sindiket penipuan baharu yang memanipulasi sistem pembayaran bil utiliti bagi memperdaya mangsa.

Modus operandi yang digunakan sindiket ini adakah dengan menghubungi mangsa yang mempunyai tunggakan bil utiliti dan menawarkan diskaun sekiranya mereka mahu melunaskan bayaran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, sindiket berkenaan kemudiannya memaklumkan akan mendahulukan wang mereka dalam urusan tersebut dan mendakwa resit bayaran akan digunakan mereka untuk mendapatkan pengecualian cukai.

Jelas beliau, setelah mendapat persetujuan mangsa, pihak sindiket akan menggunakan cek-cek tiada nilai atau cek tendang untuk membuat pembayaran melalui mesin deposit milik penyedia perkhidmatan utiliti.

“Setelah pembayaran dibuat, sistem penyedia perkhidmatan akan memaparkan rekod bayaran bil yang telah dibuat.

“Selepas itu, pihak sindiket akan meminta mangsa membuat pindahan wang kepada mereka melalui akaun pihak ketiga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Kamarudin, mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu selepas penyedia perkhidmatan gagal menunaikan cek-cek yang dimasukkan.

“Setakat ini, satu laporan polis telah diterima di Kuala Lumpur pada awal bulan lalu melibatkan kerugian RM8,500.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mungkin menjadi mangsa penipuan ini diminta tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, jelas Mohd. Kamarudin, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.

Antaranya kata beliau, orang ramai dinasihati agar tidak melayan sebarang panggilan nombor tidak dikenali.

“Segala pembayaran bil utiliti hendaklah dibuat secara terus kepada penyedia perkhidmatan yang sah.

“Selain itu, orang ramai boleh menggunakan portal semakmule di https://semakmule.rmp.gov.my untuk membuat kesahihan nombor telefon dan akaun bank yang diragui,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya