Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan bentang dua RUU

Sidang DUN Kelantan bentang dua RUU

ABDULLAH YA'KUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua rang undang-undang akan dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual berlangsung secara bersemuka bermula 23 hingga 25 Ogos depan.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, titah ucapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena istiadat pembukaan sidang DUN terbabit diwakilkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Dua RUU itu bagaimanapun saya belum boleh maklumkan lagi.

“Sepanjang tiga hari DUN bersidang kali ini, sesi soal jawab dan perbahasan untuk meluluskan dua RUU tersebut dijadual berlangsung seperti biasa,” katanya dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu ketika mengumumkan DUN Kelantan bakal bersidang bulan depan, Abdullah memberi jaminan persidangan secara fizikal itu akan berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Kali terakhir DUN Kelantan bersidang pada 14 April tahun lalu, mencipta rekod sebagai persidangan terpendek kerana berlangsung hanya selama 45 minit, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN