Setiausaha Dewan Rakyat diarahkan ambil tindakan terhadap permohonan Ku Li - Utusan Malaysia

Setiausaha Dewan Rakyat diarahkan ambil tindakan terhadap permohonan Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah mengarahkan Setiausaha Dewan mengambil tindakan sewajarnya terhadap permohonan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menukar tempat duduk ke blok bebas.

Menurut Azhar, beliau telah menerima surat daripada wakil rakyat itu semalam mengenai permohonan untuk menukar tempat duduk sedia ada di dalam Dewan Rakyat ke tempat baharu berhampiran blok bebas.

“Selaku Yang Dipertua Dewan saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Razaleigh atau Ku Li memohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat ke blok bebas.

Perkara itu dinyatakan dalam surat rasmi yang dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya