“Saya sayang awak, berehatlah Amilya” -Sepupu rapat Yuna meninggal dunia akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

“Saya sayang awak, berehatlah Amilya” -Sepupu rapat Yuna meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi versatil, Yunalis Zarai, berkongsi berita duka dan pilu apabila sepupu rapatnya telah meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu meluahkan rasa sedih setelah sepupu kesayangannya yang dianggap seperti adik telah pergi selamanya.

“Hati saya hancur berkeping-keping. Saya sayang awak, berehatlah Amilya. Pemergian awak meninggalkan kenangan kepada kami semua.

“Awak selalu membuat kami sangat gembira dengan gurauan dan tawa, kami sangat bersyukur kepada Allah kerana pinjamkan awak kepada kami.

“Saya tidak pernah menyangka akan kehilangan awak disebabkan wabak ini. Masih tidak percaya telah kehilangan sebahagian daripada diri saya. Saya tidak tahu bagaimana menjalani kehidupan tanpa awak,” luahnya.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa pilu sementelah tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada insan tersayang.

Bagaimanapun, Yuna berkesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan hadapan kerana telah bertungkus lumus dalam merawat pesakit Covid-19 serta bersikap baik dengan pesakit terutama sepupunya itu.

“Hanya melihat menerusi video, tidak menyangka perkara itu berlaku kepada keluarga saya. Semoga Allah mengurniakan Jannatul-Firdaus, Amy.

“Saya akan membawa kenangan bersama sepanjang hidup saya dan merindui awak setiap hari,” coretnya bernada pilu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya