'Saya maafkan semua yang memfitnah, menjatuhkan saya' - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Saya maafkan semua yang memfitnah, menjatuhkan saya’ – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi, bodoh, penunggang dan lain-lain”.

Demikian tulis Ustaz Ebit Lew dalam catatan terbaharunya di Facebook hari ini.

Beliau kemudiannya menulis: “Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya, bidadari saya dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf pada semua”.

Ustaz Ebit Lew turut berpesan pada diri sendiri dan semua supaya bersatu hati dan bersama berdoa supaya Allah angkat musibah Covid-19 ini.

“Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua. Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya. Cukuplah sampai sini. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya