Saya ada formula buat filem sains fiksyen - Josiah Hogan - Utusan Malaysia

Saya ada formula buat filem sains fiksyen – Josiah Hogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Josiah Hogan, 35, memasang impian untuk menghasilkan naskhah filem berbentuk fiksyen sains (sci-fi) suatu hari nanti seandainya dia diberikan peluang.

Menurut Josiah, dia percaya, selepas filem francais popular tanah air, XXRay, tiada lagi filem tempatan daripada genre berkenaan yang benar-benar menyerlah dalam industri apa  lagi yang boleh diangkat hingga ke peringkat luar negara.

“Belum ada lagi filem genre ini daripada karya anak tempatan yang dapat tembus pasaran selain filem arahan abang Aziz M Osman tersebut dan bagi saya, genre ini pula ada pengikutnya yang tersendiri.

“Jika saya diberi peluang, memang saya teringin nak hasilkan karya-karya seperti ini sebab satu daripada sebabnya kerana minat.

“Sebenarnya saya ada beberapa formula yang rasanya boleh bawa genre sci-fi ini ke depan. Tengoklah, kalau ada rezeki dapat buat, saya memang nak realisasikannya,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selain itu, Josiah tidak menolak barangkali ramai sutradara atau penerbit tidak berani untuk menghasilkan filem seperti ini lagi kerana kegagalan filem-filem sebelumnya.

“Mungkinlah ada yang pernah cuba buat tapi tak berjaya lalu menjadi penyebab mereka sudah tidak mahu hasilkan lagi. Sebab itu saya katakan, setakat yang diketahui ramai, XXRay yang paling menyerlah.

“Yang lain saya tak tahu. Kalau boleh buat, saya memang nak buktikan kemampuan. Lagipun, genre ini adalah satu daripada impian yang saya nak pastikan wajib ada dalam profil kerjaya seni,”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai penglibatannya sebagai bintang utama dalam filem sci-fi berjudul Antaramasa, Josiah menarik nafas lega kerana akhirnya filem yang disimpan selama lapan tahun ini sudah memulakan tayangannya.

Kata Josiah, dek terlalu lama ditangguhkan tayangan, dia sehingga terlupa bagaimana perasaan dan pengalamannya semasa menjalankan tugas memegang watak Asri dalam filem ini.

“Lega jugalah akhirnya filem ini dapat dipertontonkan kepada peminat filem Malaysia. Kami semua menjalani penggambaran pada tahun 2014 lagi. Masa itu pun, saya boleh dikatakan sangat amatur.

“Masa itu, saya tak akan ambil tawaran watak utama jika tak benar-benar rasa yakin. Ada beberapa kali berpeluang pegang watak utama waktu itu untuk drama, tapi bukan filem.

Antaramasa mengajar saya banyak perkara juga dan rupa-rupanya tak mudah ya sebab naskah ini memerlukan saya banyak menghafal dialog selain bermain dengan aspek teknikal berat,”katanya.

Bagaimanapun, kata Josiah, dia gembira kerana diberi peluang bermakna tersebut yang menyaksikan itu adalah pertama kali dia perlu berlakon filem sci-fi tanpa menggunakan layar hijau di set penggambaran.

“Agak mencabar sebab saya kena bayangkan ada layar hijau di set sedangkan ia tiada. Difahamkan, teknik janaan imej komputer (CGI) dibuat pada pasca penerbitan. Jadi bayangkanlah macam mana sukarnya,”katanya.

Selain Josiah, Antaramasa yang diarahkan oleh Ramdan Che Hassan ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah, Tania Hudson serta penampilan istimewa iaitu Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

Filem terbitan Umair Mohamed dan Amir Rashid Othman di bawah syarikat Lux Ambiance Media Production ini menemui penonton menerusi Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula hari ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya