'Satu persatu kebenaran akan muncul' - Caprice - Utusan Malaysia

‘Satu persatu kebenaran akan muncul’ – Caprice

CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice, akan meneruskan misi di Gaza dan bangkit semula biarpun berdepan pelbagai kontroversi, khususnya ‘perang dingin’ bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Beliau menulis komen tersebut di ruangan InstaStory di akaun Instagram miliknya, @capriceofficial.

Perkara itu dinyatakannya sebagai memberi maklum balas terhadap mesej yang diterimanya daripada seorang netizen yang mahu beliau jangan patah semangat dan terus menyumbang kebaikan kepada ummah.

Dalam maklum balas lain, Caprice mengakui cara beliau berdepan dengan situasi yang melanda juga silap dan berterima kasih dengan doa yang diberikan seorang lagi netizen.

Netizen tersebut memberitahu Caprice dia tak tahu kenapa netizen suka tengok daripada mata kasar dan tahu Caprice memang nak tunjukkan kebenaran.

Dalam maklum balas lain, Caprice menjawab: “Insya-Allah, saya baca semua mesej dan saya mahu ucapkan terima kasih sebab bakar semangat kita balik untuk meneruskan misi”.

Maklum balas itu ditulis apabila seorang lagi netizen mahu Caprice meneruskan perjuangan, biar orang hina, mencaci tapi Allah Maha Mengetahui semua ini.

Dalam maklum balas lain, Caprice menulis: “Alhamdulillah, one by one the truth will be revealed (satu persatu kebenaran akan muncul). We pray, we learn, we move on (Kita berdoa, kita belajar, kita teruskan)”.

Sebagai penutup, Caprice memberitahu ini merupakan 40 hari yang cukup sukar dalam hidupnya dan ini adalah kali pertama artis itu beribadah dan berhiijrah berseorangan di negara orang.

“Saya tak pernah rasa keseorangan seperti ini. Insya-Allah satu hari nanti semuanya ini akan bermakna untuk kamu dan ummah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya