Rokok putih seludup bernilai RM18,509.40 dirampas - Utusan Malaysia

Rokok putih seludup bernilai RM18,509.40 dirampas

SEORANG anggota Pasukan Polis Marin bersama lelaki yang ditahan dan hasil rampasan pelbagai jenis rokok putih disyaki tidak bercukai di Jitra semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Unit Risikan Pasukan Polis Marin menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis rokok putih disyaki tidak bercukai bernilai RM18,509.40 dalam Op Kontraban di sebuah premis di Jitra dekat sini semalam.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Superintenden Shoppri Saad berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang disyaki menjual rokok seludup ditahan ketika serbuan di premis tersebut pada pukul 4 petang.

“Op Kontraban yang dilancarkan oleh Pasukan Polis Marin berjaya melumpuhkan beberapa sindiket pengedaran rokok seludup tidak bercukai di sekitar Kedah dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shoppri berkata, tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya