RM530 bilion untuk 8 pakej rangsangan - Utusan Malaysia

RM530 bilion untuk 8 pakej rangsangan

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM530 bilion dibelanjakan kerajaan bagi melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM305 bilion dibelanjakan iaitu 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk tahun lalu.

“Ini adalah antara kadar terbesar berbanding pakej rangsangan yang dilaksanakan di Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” katanya ketika memberi penerangan mengenai Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN