Risiko sidang akhbar selepas keluar mahkamah - Utusan Malaysia

Risiko sidang akhbar selepas keluar mahkamah

SALLEH BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tingkah laku selebriti artis atau ahli politik yang berdepan kes jenayah suka-suka membuat sidang akhbar sebaik sahaja keluar dari dewan mahkamah boleh memakan diri sendiri.

Sekiranya dalam sidang akhbar itu dia berjaya mempengaruhi media dengan mengeluarkan laporan yang menyebelahi dirinya, tindakan undang-undang mungkin boleh diambil ke atasnya kerana menghina mahkamah.

Pengamal undang-undang, Datuk Salleh Buang berkata, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian dalam isu berkenaan iaitu pertama, niat mengadakan sidang akhbar dan kedua, sama ada mahkamah ada mengeluarkan gag order melarangnya bercakap dengan media mengenai kes terbabit.

“Suatu perbuatan itu (actus reus) tidak akan menjadi kesalahan melainkan ada niat yang salah (mens rea). Andainya ketika bercakap dengan media, individu itu hanya mendedahkan butiran pertuduhan yang dia hadapi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Tetapi sekiranya dia berniat mendahului mahkamah, atau berniat memberi tekanan kepada mahkamah, atau dia melemparkan tuduhan terhadap pihak tertentu dengan tujuan mempengaruhi perjalanan kes itu, tindakan undang-undang mungkin boleh diambil ke atasnya kerana menghina mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikel bertajuk Bahaya bicara oleh media yang disiarkan di kolumnya, Minda Peguam dalam Utusan Malaysia, hari ini.

Salleh menjelaskan, sekiranya dalam sidang akhbar itu, individu terbabit sekadar menjawab soalan wartawan mengenai apa yang berlaku dalam dewan mahkamah, itu bukan satu kesalahan.

Sebaliknya, tambah beliau, jika niatnya supaya dia diadili terus oleh rakyat di dalam media maka perbuatannya itu salah kerana menghina mahkamah.

Menurutnya, satu cara menghalang perbuatam sedemikian berlaku adalah dengan hakim mengeluarkan gag order bagi menghalang media melaporkan kes itu kecuali mengenai perkara-perkara tertentu yang dibenarkan mahkamah.

 

Ikuti artikel penuh di muka surat 15 Utusan Malaysia hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya