Rasuah RM170,000, pegawai syarikat kurier direman - Utusan Malaysia

Rasuah RM170,000, pegawai syarikat kurier direman

MAHKAMAH Majistret membenarkan suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah penghantaran beras berjumlah RM170,000 antara 2019 hingga tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Seorang bekas ketua perolehan sebuah syarikat kurier terkemuka ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah penghantaran beras berjumlah RM170,000 antara 2019 dan tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba pukul 9.30 pagi dengan bergari dan dikawal pegawai SPRM.

Menurut sumber, suspek disiasat bagi membantu siasatan kes suapan sebanyak RM0.50 bagi setiap tan metrik besar yang dianggarkan berjumlah RM170,000.

Dia ditahan pukul 7.25 malam semalam menerusi Ops Delivery di Pejabat SPRM Selangor.

“Kesemua suapan itu diminta daripada syarikat-syarikat vendor yang dilantik syarikat kurier itu.

“Ini adalah sebagai balasan memilih syarikat tersebut bagi kerja-kerja penghantaran beras berjumlah RM3.84juta untuk 339,915 tan metrik beras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya