KUALA LUMPUR: Ramai kecewa mengapa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak langsung menjelaskan mengapa angka kes baharu positif Covid-19 masih tinggi dalam sesi penerangannya di Dewan Rakyat, semalam.
Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, ia amat mengecewakan kerana rakyat menunggu penjelasan tersebut dalam keadaan rakyat dikenakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 24 Mei lalu.
“Yang dipenuhi hanyalah pembentangan adalah dengan statistik dan nombor, angka, senarai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan langsung tidak menyebut, membahas atau membincang tentang keberkesanan langkah yang diambil Kementerian Kesihatan dan Menteri Kesihatan langsung tidak memberi maksud angka yang dilaporkan dalam ucapan beliau semalam.
“Ini amat mengecewakan rakyat. Rakyat Malaysia derita, terkurung, tetapi kadar penularan jumlah rakyat Malaysia yang kena Covid-19 meningkat begitu mendadak walaupun mereka dikenakan dengan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.