ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail meluangkan masa membaca akhbar Utusan Malaysia yang menyediakan ruangan sisipan khas sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-78 pada hari ini.
Sisipan khas sebanyak 10 muka surat di akhbar Utusan Malaysia itu memaparkan gambar aktiviti baginda serta ucapan daripada pemimpin pelbagai peringkat sempena ulang tahun keputeraan baginda.
Selain itu, rakyat jelata daripada pelbagai latar belakang turut mengambil kesempatan menitip doa agar baginda terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memayungi Perlis di samping Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Seperti tahun lalu, berikutan Covid-19, baginda telah menitahkan segala program keramaian yang diaturkan bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-78 dibatalkan. – UTUSAN ONLINE