Prosiding Kira-Kira Wang Negara 3 jam berkenaan perolehan vaksin - Utusan Malaysia

Prosiding Kira-Kira Wang Negara 3 jam berkenaan perolehan vaksin

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menghadiri Mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya kepada rakyat negara ini.

MOSTI dalam kenyataan berkata, prosiding selama kira-kira tiga jam itu dipengerusikan Wong Kah Woh (Pengerusi PAC) serta dihadiri ahli-ahli jawatankuasa tersebut.

Katanya, sesi itu memberi peluang kepada MOSTI diketuai Menteri, Khairy Jamaluddin dan pengurusan tertinggi kementerian termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir memberi penerangan tentang perkembangan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan butiran perbelanjaan bagi pelaksanaannya.

“MOSTI bersedia memberikan penerangan berterusan kepada PAC sehingga tamat pelaksanaan PICK,” katanya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN