Program Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja diperluaskan - Utusan Malaysia

Program Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja diperluaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja yang dilanjutkan mulai 1 Julai sehingga 31 Disember ini akan diperluaskan kepada subsektor perkhidmatan restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia, perkara tersebut dipersetujui oleh mesyuarat Kabinet pada 23 Jun lepas.

Katanya, selain itu pelaksanaan pelan rekalibrasi itu turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri tersebut.

“Proses kelulusan penentuan kuota bagi program ini adalah selepas lulus tapisan pengesahan PATI oleh Jabatan Imigresen. Seterusnya, majikan mempunyai PATI yang telah lulus proses pengesahan boleh membuat permohonan menerusi laman sesawang www.fwcms.com.my.

“Oleh itu, majikan tidak perlu lagi membuat permohonan menerusi laman sesawang www.eppax.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, proses penentuan kuota oleh kementerian dan agensi-agensi kawal selia selepas PATI lulus tapisan pengesahan di Jabatan Imigresen akan dapat mewujudkan keseimbangan dari segi jumlah kelulusan kuota serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang diluluskan.

Isnin lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan, Kabinet bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, dalam masa sama pelan tersebut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak tertakluk persetujuan kedua-dua kerajaan negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN