Presiden Afghanistan terus bersolat Aidiladha walaupun berlaku serangan roket di kawasan istana - Utusan Malaysia

Presiden Afghanistan terus bersolat Aidiladha walaupun berlaku serangan roket di kawasan istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sejumlah roket mendarat di kawasan area Istana Presiden Afghanistan di Kabul ketika Presiden dan para petugasnya sedang menunaikan sembahyang sunat Aidiladha hari ini.

Reuters melaporkan, tidak ada laporan mengenai mangsa yang terkorban dan dalang di sebaliknya juga belum diketahui.

Saat-sata roket itu jatuh ketika sedang sembahyang turut dirakam oleh siara televisyen.

Presiden Ashraf Ghani dilaporkan tetap meneruskan sembahyang bunyi letupan terdengar beberapa kali di kawasan itu.

Kelihatan juga para jemaah tergamam ketika mendengar bunyi letupan hingga salah seseorang daripada mereka terhenti sembahyangnya.

Roket itu ditembakkan sekitar pukul 8 pagi waktu tempatan  dan terdengar dari Zon Hijau, lokasi yang dikawal ketat.

Dalam Zon Hijau itu terdapat Istana Presiden dan beberapa pejabat kedutaan, salah satunya Kedutaan Amerika Syarikat.

Selepas sembahyang, Presiden Ghani menyampaikan khutbah terbuka dan disiarkan di televisyen termpatan.

Jurucvakap Kementerian Dalam Negeri, Mirwais Stanekzai, mengatakan ada tiga roket yang mendarat di ibu kota Afghanistan, Kota Kabul bertepatan dengan Aidiladhan.

“Hari ini musuh Afghanistan melancarkan serangan roket di pelbagai bahagian kota Kabul,” kata Stanekzai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya