Polis siasat dalang perhimpunan di ibu negara - Utusan Malaysia

Polis siasat dalang perhimpunan di ibu negara

HAMZAH Zainuddin (dua dari kanan) menyerahkan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada Ida Marsita Harun di IPD Selama di Larut hari ini.  - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Polis akan menjalankan siasatan terhadap individu dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya mengesan penglibatan kumpulan itu yang didalangi oleh individu sama sebagai penghasut bertujuan merosakkan imej negara.

Menurutnya, tindakan diambil terhadap mereka menyertai perhimpunan itu dan ia  diumumkan dari semasa ke semasa.

“Saya tengok mereka ini adalah individu-individu yang sama melontarkan kemarahan apabila kerajaan membenarkan kilang beroperasi, namun individu ini juga yang mengarahkan dan menghasut supaya semua orang turun berkumpul.

“Jika diteliti, kita akan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah bertujuan memecahbelahkan keadaan serta menimbulkan kegusaran kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. 

Menurut Hamzah, ketika tempoh pandemik Covid-19, sepatutnya rakyat sedar terhadap bahaya penularan wabak Covid-19  terutamanya varian Delta yang mudah merebak dengan cepat melalui udara.

“Mereka ini sudah tahu bahayanya varian ini kepada masyarakat namun pada masa yang sama mereka juga  yang mengajak orang ramai untuk berkumpul.

“Adakah mereka ini double standard dalam mematuhi SOP atau sememangnya kebal daripada varian ini,” katanya.

Terdahulu, Hamzah menyerahkan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara berjumlah RM26,000 kepada Ida Marsita Harun, 45, iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Mohamad Nasrul Othman,47, yang bertugas di penjara Alor Setar yang meninggal dunia pada 28 september tahun lalu akibat Covid-19. 

Dianggarkan antara 400 sehingga 450 orang berpakaian serba hitam berhimpun dalam protes #Lawan di Dataran Merdeka di ibu negara hari ini bagaimanapun, protes berkenaan dapat disuraikan secara aman.

Pelbagai perkataan yang dilaungkan oleh peserta perhimpunan itu seperti ‘hidup rakyat’, ‘bangkit anak muda dan ‘kerajaan gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya