Polis siasat dakwaan Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan Zarina Anjoulie

MOHD. FAZLEY AB RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh selebriti, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul berhubung dakwaan gambarnya yang tersebar di media sosial.

Gambar dikatakan ketika dia sedang berada di dalam bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, laporan itu diterima pihak IPD Nilai pada pukul 12.05 tengah hari ini.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, siasatan selari oleh pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina Anjoulie menerusi perkongsiannya di Instagram sebelum ini mendakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita.

Ia susulan penularan kisah penahanan seorang artis wanita positif dadah yang dipercayai membabitkan dirinya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah dipadam), Zarina juga akan menentang secara habis-habisan berhubungan dengan isu berkenaan.

“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut.

“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang dia idamkan. Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggaota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib juga?” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fazley menambah, pihak polis memandang serius terhadap laporan yang dibuat oleh Zarina Anjoulie itu.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk perlanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan fakta isu ini dan memberikan ruang kpeada polis menjalankan satu penyiasatan yang telus dan adil,” katanya.

Utusan Online kelmarin melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan,

Biarpun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.