Plus tutup jalan susur di R&R Seremban arah utara  - Utusan Malaysia

Plus tutup jalan susur di R&R Seremban arah utara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (Plus) akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan melibatkan penutupan sebahagian jalan susur dan ruang meletak kenderaan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban arah Utara di Kilometer (KM)272.2 di Lebuhraya Utara-Selatan.

Plus dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu bermula pukul 12.01 pagi esok sehingga 3 Ogos, pukul dua petang sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan yang lebih selesa.

Pada masa sama, Plus menasihatkan para pelanggan lebuh raya untuk berkunjung ke Hentian sebelah Senawang arah Utara di KM248 atau Hentian Sebelah Nilai arah Utara di KM287.2 jika perlu mendapatkan kemudahan rehat alternatif lebih selesa sepanjang perjalanan.

“Bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaran ini, laluan dan ruang meletak kenderaan alternatif untuk kenderaan berat dibuka bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menggunakan kemudahan awam di R&R tersebut supaya keselesaan mereka tetap menjadi keutamaan sepanjang tempoh tersebut.

“Plus mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama ini berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN