Jaringan Engku Shakir jadi pemisah antara TFC dan DPMM FC

Liga Super: Jaringan Engku Shakir jadi pemisah antara TFC dan DPMM FC

ENGKU Nur Shakir Engku Yacob (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukannya ketika TFC bertemu DPMM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jaringan di hujung babak pertama permainan oleh Engku Nur Shakir Engku Yacob memastikan Terengganu FC (TFC) mengutip tiga menumpaskan DPMM FC 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam ini.

Gol tunggal permainan itu hadir pada minit ke-43 selepas Engku Nur Shakir mencipta ruang sebelum melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Muhammad Haimie Abdullah.

Kemenangan kedua berturut-turut itu mengekalkan TFC di tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 24 mata daripada 15 perlawanan manakala DPMM FC turun satu anak tangga di kedudukan ketujuh dengan 17 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketumpulan sentuhan penyudah kedua-dua pasukan khususnya tuan rumah yang menurunkan dua import baharu dari Tajikistan, Ehsoni Panshanbe dan Shervoni Mabatshoev menyaksikan keputusan tiada tambahan jaringan sehingga wisel tamat permainan ditiupkan pengadil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×