PKPD Rembau: Hanya penduduk dikenal pasti disaring  - Utusan Malaysia

PKPD Rembau: Hanya penduduk dikenal pasti disaring 

 SERAMAI 28 orang penduduk termasuk kanak-kanak di kawasan PKPD empat lokaliti di daerah ini menjalani ujian saringan secara bersasar berhampiran pos laluan utama PKPD berkenaan di Taman Chembong Utama, Rembau.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Ujian saringan secara bersasar hanya dilakukan ke atas penduduk yang dikenal pasti di empat lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, ujian calitan berkenaan tidak dilaksanakan ke atas kesemua 4,200 penduduk namun hanya ke atas penghuni rumah yang dikenal pasti berisiko mendapat jangkitan atau mereka yang bergejala.

Ujarnya, sehingga semalam seramai 28 penduduk termasuk kanak-kanak  menjalani ujian calitan di khemah yang disediakan berhampiran pos kawalan pintu masuk kawasan berkenaan.

“Buat masa ini terdapat seramai 110 individu  dikenal pasti sebagai orang di bawah pemantauan (PUS) dan dipakaikan gelang merah jambu. 102 daripadanya adalah warganegara, manakala lapan lagi bukan warganegara,” katanya hari ini.

Sementara itu, Mohamad Najib berkata, kesemua laluan ‘tikus’ di kawasan PKPD empat buah lokaliti terlibat iaitu Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya dan Taman Setia Raja di Mukim Chembong serta Taman KSNS di Mukim Pedas juga  ditutup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN