PKPD: Dua lelaki lalu lorong tikus dikompaun - Utusan Malaysia

PKPD: Dua lelaki lalu lorong tikus dikompaun

ADZLI ABU SHAH  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang keluar melalui lorong tikus di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD ) dekat Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini dikenakan kompaun sebanyak RM 3,000 setiap seorang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun itu ditahan ketika polis melakukan pemantauan Ops Covid-19 di sekitar Bedong di sini pada pukul 11.20 pagi.

Katanya, hasil pemantauan itu, polis menahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua lelaki di tepi jalan berdekatan ‘lorong tikus’ menuju ke ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan Taman Bandar Baru, Bedong.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki terbabit tinggal di kawasan perumahan Taman Bandar Baru yang merupakan kawasan PKPD dan telah keluar kawasan tersebut tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kedua-dua suspek terbabit telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan kompoun.

“Tindakan kompaun sebanyak RM3,000 setiap seorang itu diambil Peraturan 16(1) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara 2021.

“Kedua-dua suspek perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah itu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya