'Pesawat tak terbang', penarafan syarikat penerbangan terbaik dunia milik Qatar - Utusan Malaysia

‘Pesawat tak terbang’, penarafan syarikat penerbangan terbaik dunia milik Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Tahun 2021 merupakan tahun yang ‘merudum’ bagi industri penerbangan dengan banyak syarikat ‘gagal terbang tinggi’ dan pesawat ‘tersadai’ akibat Covid-19.

CNN Travel melaporkan, bagaimanapun ketika sektor udara kembali rancak di beberapa negara, AirlineRatings.com tetap menyiarkan laporan tahunannya mengenai syarikat penerbangan terbaik di dunia.

Agensi penarafan berpangkalan di Australia itu menyusun Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2021 berdasarkan beberapa kriteria termasuk usia pesawat, ulasan penumpang dan penawaran produk.

Untuk itu, Qatar Airways melonjak ke kedudukan teratas, mengalahkan juara sebelumnya, Air New Zealand – yang telah menduduki tempat teratas enam kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tahun ini jatuh ke nombor dua.

Selain 20 kedudukan teratas, AirlineRatings.com juga memberikan anugerah tambahan untuk tawaran syarikat penerbangan – termasuk untuk kelas pertama terbaik (Singapore Airlines), kru kabin terbaik (Virgin Australia) dan lounge lapangan terbang terbaik (Qantas).

Sementara itu, syarikat penerbangan bajet EasyJet memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik untuk Eropah, sementara Jetstar (Asia/Pasifik) dan Southwest untuk sektor Amerika.

Berikut 20 syarikat penerbangan terbaik dunia 2021:
1. Qatar Airways
2. Air New Zealand
3. Singapore Airlines
4. Qantas
5. Emirates
6. Cathay Pacific
7. Virgin Atlantic
8. United Airlines
9. EVA Air
10. British Airways
11. Lufthansa
12. ANA
13. Finnair
14. Japan Air Lines
15. KLM
16. Hawaiian Airlines
17. Alaska Airlines
18. Virgin Australia
19. Delta Air Lines
20. Etihad Airways

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya