Pertubuhan Peduli Waghih sumbang lampin pakai buang kanak-kanak

Pertubuhan Peduli Waghih sumbang lampin pakai buang kanak-kanak

MOHD. Raziff Mansor menunjukkan lampin pakai buang kanak-kanak yang boleh diambil secara percuma di Bilik Gerakan Pertubuhan Peduli Waghih Negeri Sembilan di Kampung Perigi Jernih, Rembau, semalam. – FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Golongan ibu bapa yang memerlukan bantuan lam­pin pakai buang untuk anak-anak mereka boleh mendapat­kannya secara percuma di Bi­lik Gerakan Pertubuhan Pe­duli Waghih Negeri Sembilan yang terletak di Kampung Perigi Jernih, di sini.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Waghih Negeri Sembilan, Mohd. Raziff Mansor berkata, pihaknya kini mempunyai kira-kira 1,000 keping lampin pakai buang pelbagai saiz hasil sumbangan seorang peniaga dari Sendayan, Seremban.

Jelasnya, ia selepas peniaga itu tidak dapat menjual lampin pakai buang berkenaan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mahu bantuan lampin pakai buang ini betul-betul sam­pai kepada golongan memer­lukan, jadi mana-mana individu yang datang ambil akan mendaftar nama mereka dan latar belakang mereka supaya dapat dijadikan rujukan kami bagi memberi bantuan bersesuaian pada masa akan datang.

“Sejak seminggu lalu, pihak kami sudah menerima kunjungan kira-kira 40 orang individu yang terjejas pendapatan, mereka ke sini memilih sendiri lampin pakai buang yang sesuai dengan anak-anak mereka. Alhamdulillah, rata-rata daripada mereka berterima kasih setidak-tidaknya ia akan dapat menjimatkan belanja mereka sehingga RM80,” katanya lagi ketika ditemui Utusan Malaysia, dekat sini semalam.

Mohd. Raziff berkata, stok lampin pakai buang tersebut kini tersedia di rumahnya yang dijadikan sebagai bilik gerakan sementara buat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Ambil dulu, jika sesuai bo­leh datang dan ambil lagi. Apa yang penting bantuan ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh individu yang benar-benar memerlukan dan tiada masalah menerima bantuan lampin pakai buang tidak mengikut jenama yang diingini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN