Perlawanan mudah buat Zii Jia - Utusan Malaysia

Perlawanan mudah buat Zii Jia

LEE Zii Jia tidak berdepan masalah untuk melepasi sainga n pertama Kumpulan M apabila muda menewaskan pemain Ukraine, Artem Pochtarov.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran awal apabila mudah memenangi saingan pembukaan Kumpulan M, sebentar tadi.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, pemain No.1 negara menang 21-5, 21-11 ke atas pemain tidak ternama dari Ukraine, Artem Pochtarov dalam tempoh kurang 30 minit.

Perlawanan itu boleh dikatakan milik Zii Jia sepenuhnya memandangkan lawannya yang berada di ranking ke-98 dunia tidak dapat melakukan apa-apa sebaliknya bermain tanpa strategi.

Aksi itu juga menyaksikan Zii Jia, dapat menggunakan segala kemahirannya dalam set pertama untuk menguji Pochtarov yang dilihat tidak memiliki pengalaman untuk menentang juara All England itu.

Pemenang pingat emas Sukan Asia Doha 2006, Tan Boon Heong berkata, aksi tersebut cukup baik untuk Zii Jia kerana dapat membantu dia untuk mengeluarkan segala permainan yang diinginkannya.

“Pada set pertama kita nampak lawan banyak bagi ‘free gift’ (mata) kepada dia tetapi saya nampak tolakan bulu tangkis dan smash yang dilakukan Zii Jia kemas,” katanya.

Selepas ini Zii jia akan berdepan pemain Perancis, Brice Leverdez dalam aksi kedua bagi memburu slot ke pusingan seterusnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.