Perjalanan beregu campuran tamat di Tokyo - Utusan Malaysia

Perjalanan beregu campuran tamat di Tokyo

CHAN Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan beregu campuran No.1 negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di pentas Sukan Olimpik Tokyo tamat selepas tewas kepada pasangan Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Hettrich dalam perlawanan kedua Kumpulan B hari ini.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Peng Soon-Liu Ying tewas 12-21, 15-21 selepas pasangan Jerman itu bermain dengan lebih agresif dan bijak menyerang.

Serangan-serangan banyak tertumpu ke arah Liu Ying, menyebabkan dia sering melakukan kesilapan kerana tidak berada dalam keadaan bersedia.

Pada pertengahan set kedua, Liu Ying mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan selepas menerima serangan daripada lawan, sekali gus membuatkan rentak permainannya agak terganggu.

Peng Soon-Liu Ying akan melengkapkan jadual perlawanan dengan aksi terakhir kumpulan menentang Wang Yilu-Huang Dongping esok.

Sementara itu, perseorangan No1. negara, Lee Zii Jia akan turun beraksi berdepan pemain Ukraine, Artem Pochtarov pada pukul 5.40 petang ini.

Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan pula menentang gandingan handalan Jepun, Yuki Fukusima-Sayaka Hirota pada pukul 6.20 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya