Peningkatan kes Covid-19 di wad mental - Utusan Malaysia

Peningkatan kes Covid-19 di wad mental

23 peratus daripada 17,301 saringan yang dijalankan di bawah Modul Kesihatan Mental (MyMinda) menerusi aplikasi MySejahtera di dapati berisiko murung sejak program itu dilancarkan Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan giat berusaha mengawal pertambahan kes pandemik Covid-19 ymelibatkan para pesakit kesihatan mental di wad psikiatrik seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu bagaimanapun perlu diuruskan dengan penuh tuntas dan berhati-hati bagi mengelak risiko jangkitan menjadi lebih teruk.

“Saya ada dimaklumkan berlaku peningkatan Covid-19 di wad psikiatrik dan keperluan ketika ini agak genting kerana kita tidak mahu berlaku lagi isu penularan pandemik itu,” katanya selepas melancarkan laporan Skim Peduli Kesihatan (Peka) B40 secara maya, hari ini. 

Malaysia ketika ini ada empat institusi mental, selain wad psikiatrik di 62 hospital kementerian serta perkhidmatan itu di 1,161 klinik awam dan 28 pusat komuniti kesihatan mental (Mentari).

Lonjakan kes disebabkan impak wabak Covid-19 itu turut menyaksikan Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial diaktifkan kembali pihak kementerian sejak Januari lalu.

Mengulas lanjut, Adham berkata, penularan itu bukan perkara baharu malah pernah berlaku di Hospital Sentosa, Kuching, Sarawak dan terbaharu di wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur.

“Kita tidak mahu emosi pesakit ini terkesan lebih teruk apabila tahu dijangkiti Covid-19 dan untuk itu, pelbagai langkah intervensi dilaksanakan kementerian sebelum terlambat,” katanya.

Ini, ujarnya, termasuk melakukan banyak program saringan lebih awal menerusi Peka B40 yang memastikan golongan rentan berpendapatan rendah mengesan tahap kesihatan mental.

Berdasarkan laporan skim berkenaan yang dilancarkan beliau pada hari ini, sejumlah tiga peratus daripada 457,462 penerima Peka B40 dikesan mengalami masalah kesihatan mental.

Putrajaya merekodkan angka tertinggi dalam kes keresahan serta kemurungan, diikuti Kuala Lumpur dan Selangor, manakala dari segi etnik, kaum India mencatatkan peratusan terbesar. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN