PETALING JAYA: Penerangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) diganggu dengan beberapa ahli-ahli Parlimen pembangkang yang bangun mempertikaikan perjalanan Sidang Khas Parlimen.
Muhyiddin hanya sempat membacakan mukadimah penerangan PPN, namun tergendala seketika apabila segelintir ahli-ahli Parlimen pembangkang membantah keputusan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Mereka mempertikaian keputusan Azhar yang menolak permohonan blok pembangkang agar mereka diberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengemukakan usul dan mengundi terhadap Proklamasi Darurat.
Antara ahli-ahli Parlimen pembangkang yang bangun adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan) dan Gobind Deo Singh (PH-Puchong).