Pemuda UMNO Johor jangan jadi batu api - Armada Johor - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Johor jangan jadi batu api – Armada Johor

MUHAMMAD SHAMSUDDIN PAIJAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor mengingatkan agar UMNO khususnya Ketua Pemudanya, Mohd. Hairi Mad Shah agar tidak bersikap batu api dengan situasi politik semasa.

Ketuanya, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, Mohd. Hairi juga diminta untuk tidak menangguk di air yang keruh serta membuat kenyataan bertujuan mengejar populis semata-mata.

Menurut beliau, hal itu kerana kerajaan semasa turut melibatkan parti UMNO yang merupakan salah satu daripada komponennya.

“Kenyataan beliau bahawa kerajaan mengetuai penipuan satu perkara yang tidak boleh diterima, beliau harus faham Perlembagaan dengan teliti dan tidak bersikap kebudak-budakkan apabila mengeluarkan kenyataan.

“Kenyataan itu seolah-olah beliau alpa berkaitan kerajaan kini turut melibatkan komponen parti UMNO juga, desakan yang dilemparkan seperti menuding pada diri beliau sendiri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Hairi membuat kenyataan mendesak agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan menteri kabinet meletakkan jawatan ekoran kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan pembatalan Ordinan Darurat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN