Pecut bot tinggalkan syabu RM200,000 - Utusan Malaysia

Pecut bot tinggalkan syabu RM200,000

BOT kayu yang ditinggalkan di kawasan cetek membawa dadah disyaki syabu seberat empat kilogram di perairan Pulau Merambong, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor merampas dadah disyaki jenis syabu seberat kira-kira empat kilogram dianggarkan bernilai RM200,000 di perairan Pulau Merambong, awal pagi semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, rampasan dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan Op Jaksa di perairan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, dekat sini. 

Katanya, dalam rondaan kira-kira pukul 3 pagi, pihaknya mengesan sebuah bot kayu berada dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Pulau Merambong.

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, suspek bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek dan melarikan diri ke arah paya bakau berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan suspek itu menemukan empat bungkusan plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disorok dalam sebuah tong minyak.

“Setiap bungkusan itu dianggarkan seberat satu kilogram dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM215,000,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya