Pasar Besar Seremban tutup tujuh hari, 64 dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Pasar Besar Seremban tutup tujuh hari, 64 dijangkiti Covid-19

PASAR Besar Seremban dekat sini ditutup sementara selama tujuh hari bermula esok selepas pengesanan 64 kes positif Covid-19 melibatkan pekerja dan peniaga hasil ujian saringan yang dijalankan di pasar tersebut semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 64 peniaga dan pekerja Pasar Besar Seremban dekat sini didapati positif Covid-19 hasil Ujian Kit Pantas Antigen (RTK Ag) yang dijalankan di pasar tersebut semalam.

Sehubungan itu, pasar utama di daerah tersebut ditutup sementara tujuh hari bermula esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah yang positif tersebut hasil ujian saringan dijalankan bermula pukul 2 hingga 7 petang semalam yang membabitkan seramai 676 individu.

“Individu yang positif  dipakaikan gelang merah jambu oleh para petugas dan diarahkan menjalani ujian RT-PCR yang mampu memberikan keputusan lebih tepat.

“Dalam pada itu, saya difahamkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban turut menjalankan pengesanan kontak rapat dan membuat ujian selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, susulan pengesanan kes positif berkenaan, Pasar Besar Seremban ditutup sementara bermula esok.

“Dicadangkan, peniaga-peniaga pasar dan restoran juga buat saringan Covid-19 berkala seperti di kilang-kilang prosedur operasi standard (SOP) perlu diketatkan dan dipantau oleh agensi penguatkuasa,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Utusan Malaysia pernah melaporkan, sikap sambil lewa pengunjung Pasar Besar Seremban yang enggan melakukan imbasan kod QR aplikasi MySejahtera sebelum memasuki pasar berkenaan.

Sikap degil itu bukan sahaja dilakukan oleh golongan warga emas yang diketahui kebanyakannya tidak menggunakan telefon pintar malah turut melibatkan golongan lebih muda termasuk dalam kalangan warga asing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya