PETALING JAYA: Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) menyifatkan Sidang Khas Parlimen sebagai ‘sembang-sembang kopitiam’ apabila tidak memberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengemukakan usul dan mengundi terhadap Proklamasi Darurat.
Beliau kesal dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menolak empat usul beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikemukakan sebelum ini.
Katanya, Parlimen merupakan badan tertinggi sistem demokrasi dan seharusnya memberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan dan menggubal undang-undang.
“Jadi ia seperti sembang-sembang kopitiam. Rakyat perlu tahu di mana wang berjuta-juta dibelanjakan, jangan jadikan Parlimen sebagai bicara kopitiam.
“Dalam mana-mana persidangan Parlimen, seharusnya ahli Parlimen boleh mengemukakan usul,” jelas beliau.









