Ordinan Darurat terus dipersoal hari kedua bersidang - Utusan Malaysia

Ordinan Darurat terus dipersoal hari kedua bersidang

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai Ordinan Darurat yang telah dibatalkan menjadi persoalan utama dibangkitkan pembangkang pada permulaan Sidang Khas Dewan Rakyat hari kedua.

Menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, perkara itu perlu dijelaskan segera kerana walaupun Ordinan telah dibatalkan tetapi tidak dimaklumkan kepada umum mengenai perkara ini.

“Hal ini melibatkan kepentingan umum, adakah atau tidak apa yang berlaku 21 Julai diperkenankan Agong mengikut prosedur yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kita ada penerangan berkenaan ordinan yang digubal melalui proklamasi yang telah ditarik balik tapi kita tidak ada senarai.

“Jika dah dibatalkan kenapa tak dimaklumkan supaya dapat tahu secara spesifik? Siapa buat keputusan? Adakah ia mengikut peraturan?” soalnya di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya