Op Patuh: 4 kilang gagal patuh SOP dikompaun - Utusan Malaysia

Op Patuh: 4 kilang gagal patuh SOP dikompaun

MOHD. SAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak empat buah kilang dikenakan tindakan kompaun atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh yang diadakan di sekitar kawasan perindustrian Senawang, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, operasi itu dijalankan selama empat jam bermula pukul 2 petang selaras dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengadakan operasi membanteras ketidakpatuhan SOP secara besar-besaran bermula hari ini. 

“Pihak penguat kuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi telah membuat pemeriksaan ke atas 12 buah kilang dalam Op Patuh hari ini dengan empat buah kilang dikenakan tindakan. 

“Daripada jumlah itu, tiga buah kilang dikenakan kompaun RM50,000 kepada majikan atas pelbagai kesalahan termasuk sebuah kilang didapati beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya dalam akhbar selepas pemeriksaan Op Patuh di kawasan perindustrian Senawang di sini petang tadi. 

Operasi itu dijalankan melibatkan kekuatan 80 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Jabatan Kesihatan Negeri, MITI, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban. 

Menurut Mohd. Said, dalam pemeriksaan iu sebuah kilang juga diarahkan tutup serta-merta kerana dikesan terdapat kes positif Covid-19 yang berulang melibatkan pekerja. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya