Nilai semula strategi pengurusan Covid-19 - Utusan Malaysia

Nilai semula strategi pengurusan Covid-19

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri diminta kembali menilai strategi pengurusan Covid-19 berikutan peningkatan kes harian yang melepasi angka 1,000 dalam tempoh dua hari berturut-turut, bermula semalam.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, dalam menghadapi situasi semasa, kerajaan negeri perlu tampil dengan solusi sendiri mengikut acuan dan kepentingan negeri.

Katanya, tidak ada gunanya kerajaan negeri berbangga mengumumkan pelaburan berbilion ringgit selama ini namun sepi dalam usaha membeli vaksin demi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri perlu bersifat proaktif dalam usaha vaksinasi rakyat dengan Kedah masih lagi berada di kedudukan antara yang tercorot.

“Walaupun polisi berkaitan Covid-19 berada di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun pasti ada tindakan boleh dilakukan kerajaan negeri bagi mengawal penularan Covid-19 termasuk melalui bidang kuasa di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam jumlah kes baharu di Kedah melonjak kepada 1,216 kes manakala hari ini pula  sebanyak 1,160 kes. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN